Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Polis: Penyerang bom Jakarta buat panggilan ke Malaysia sebelum serangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Polis: Penyerang bom Jakarta buat panggilan ke Malaysia sebelum serangan

Jan 26, 2016 | 04:04 PM

KUALA LUMPUR - Seorang penyerang bom di Jakarta telah membuat panggilan ke Malaysia sebelum serangan tersebut berlaku, lapor laman web Sinar Online.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun, berkata maklumat tersebut diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.

"Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baharu ini," katanya kepada wartawan hari ini.

Namun Datuk Fuzi berkata berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.

Pada 14 Januari lalu, serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin, Jakarta, menyebabkan tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh sementara 30 yang lain termasuk lima anggota polis cedera parah.

Pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara dan disyaki perancang serangan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3