Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Perancis berkas 97 pelaku bantahan konvoi ala Canada

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Polis Perancis telah memberkas 97 orang yang tidak mengendahkan larangan melakukan bantahan secara konvoi gaya Canada dengan menghadang laluan trafik di ibu kota negara itu, bagi membantah peraturan koronavirus.



Seramai 81 orang lagi masih ditahan kelmarin.



Ribuan orang penunjuk perasaan dari serata Perancis cuba menghadang laluan lalulintas di ibu kota dengan mengisytiharkan 'konvoi kebebasan' merangkumi kereta, trak dan campervan.



Ratusan mereka melakukan bantahan serupa di Brussels, Belgium, kelmarin.



Selain itu, pihak berkuasa juga telah menahan 500 kenderaan yang cuba masuk ke Paris hari ini dalam protes 'Convoi de la Liberte' itu.



Kenderaan itu berhenti di pelbagai pintu masuk ke ibu negara Perancis dan hampir 300 saman diserahkan kepada pemandunya pada pagi tadi, kata polis di Twitter.



Diilhamkan oleh demonstrasi 'Konvoi Kebebasan' membabitkan pemandu trak di Ottawa, Canada, pemandu kenderaan dari banyak bandar di seluruh Perancis berusaha mengingkari arahan polis supaya jangan memasuki bandar itu.



Kurang dua bulan daripada pilihan raya presiden, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, tidak sabar untuk mengekang protes daripada terus meningkat menjadi demonstrasi besar-besaran umpama protes 'jaket kuning' antipemerintah pada 2018.



Peronda motosikal polis turut menahan dua van perkhemahan dan sebuah trak dari konvoi yang sampai ke jalan berprestij Champs Elysees di tengah Paris.



Polis juga berkata mereka menahan dua penunjuk perasaan di selatan Paris yang memiliki tin petrol, tukul dan pisau.



Pada masa yang sama, polis menggerakkan beribu-ribu pegawai, menubuhkan pusat pemeriksaan dan mengerahkan kenderaan berperisai dan trak meriam air sebagai persediaan menangani protes.



Bantahan terbaru di Perancis menentang peraturan yang memerlukan pas vaksin untuk masuk ke banyak tempat awam itu berlaku selepas berbulan-bulan demonstrasi menentang pas itu diadakan di Paris dan bandar lain.



Dalam pada itu, polis membenarkan dua perarakan jalanan oleh penunjuk perasaan anti-vaksin dan jaket kuning untuk diteruskan di Paris, hari ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >