Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Perancis gagalkan serangan pengganas, tangkap 7 orang

Nov 22, 2016 | 02:07 PM



PARIS: Polis melumpuhkan satu rangkaian pengganasan yang sedang merancang serangan di Perancis selepas menangkap tujuh suspek di Strasbourg dan Marseille hujung minggu lalu, kata Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve pada Isnin (21 Nov).



Penangkapan suspek dari Perancis, Maghribi dan Afghanistan itu "membolehkan kami mengelakkan serangan pengganas yang lama dirancang di tanah air kita", ujar Encik Cazeneuve dalam sidang berita di televisyen.



Penyiasat sedang cuba memastikan apakah "serangan yang digagalkan itu adalah serangan terselaras yang menyasarkan beberapa tempat serentak di tanah air kita".



Serbuan polis dijalankan semalaman Sabtu di bandar timur Strasbourg dan Marseille di selatan berikutan siasatan oleh perkhidmatan keselamatan yang memakan masa lebih lapan bulan.



"Maklumat berwibawa membuat tangkapan ini perlu," kata seorang sumber keselamatan.



Datuk Bandar Strasbourg, Encik Roland Ries, berkata kementerian dalam negeri memberitahunya sasaran mereka ialah "di kawasan Paris" dan bukan di bandarnya, yang akan membuka sebuah pasar Krismas besar Jumaat ini.



Perancis masih di bawah keadaan darurat yang memberi pasukan keselamatan kuasa yang dipertingkat untuk melancarkan pengawasan dan serbuan, setahun selepas serangan oleh militan di Paris menyebabkan 130 orang mati.



Encik Cazeneuve mengaitkan suspek terkini, berumur 29 hingga 37 tahun, dengan suspek pelampau yang ditangkap sejurus sebelum kejohanan bola sepak Euro 2016 yang dianjurkan Perancis pada Jun dan Julai lalu



Hanya seorang daripada mereka diketahui pasukan keselamatan, iaitu seorang lelaki Maghribi yang ditonjolkan oleh "sebuah negara rakan", ujar beliau.



Beberapa ahli rangkaian itu dipercayai telah menghabiskan masa di Syria, menurut sumber keselamatan.



Perancis mengalami tiga serangan besar sejak Januari 2015 apabila kumpulan bersenjata menyasarkan pejabat majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi, diikuti serangan November tahun lepas di Paris.



Pada Julai, pelampau yang menjadi radikal secara sendiri memandu lori merempuh orang ramai yang sedang menonton +bunga api di selatan bandar Nice, membunuh 86 orang. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >