Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Sabah tahan 'pakar' buat senjata

Feb 06, 2022 | 05:30 AM



BEAUFORT (Sabah): Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai 'pakar' membuat senjata api buatan sendiri dalam satu serbuan di Kampung Pansong, di sini, kelmarin.



Dalam operasi pada 2.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun ditahan bersama selaras senapang jenis bakakuk dan beberapa lagi peralatan membuat senjata api buatan sendiri.



Ketua Polis Daerah Beaufort, Timbalan Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata operasi itu dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.



"Sejurus ditahan, suspek mengaku menyimpan senjata api dan peralatan membuat senjata api di rumahnya.



"Hasil pemeriksaan, polis merampas selaras bakakuk bersama 18 peralatan dan kelengkapan membuat senjata api," katanya ketika dihubungi semalam.



Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut.



"Polis akan memohon tahanan reman terhadap suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >