Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis serbu ibu pejabat PKR di PJ

Mar 29, 2015 | 06:01 PM



PETALING JAYA (Selangor) - Polis telah menyerbu Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan perhimpunan #KitaLawan.


Dalam satu kenyataan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, enam orang anggota polis berada di pejabat mereka bersama Naib Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli untuk mencari bahan berkenaan perhimpunan tersebut.


"Difahamkan mereka mahu mengambil bahan-bahan berkaitan himpunan #KitaLawan. Peguam yang bersama Encik Rafizi ialah Encik Manivanan Gowin," kata PKR dalam satu kenyataan petang ini.


Ketua Perundangan PKR, Cik Latheefah Koya berkata polis di ibu pejabat PKR itu untuk mendapatkan salinan pekeliling yang dikeluarkan Rafizi kepada ahli-ahli parti untuk menghadiri perhimpunan #KitaLawan semalam.


"Tiada sebab menyerbu pejabat. Pihak polis sudah mempunyai salinan pekeliling itu. Kita hairan mengapa terdapat keperluan pergi ke pejabat apabila pekeliling itu sudah diketahui umum," katanya kepada The Malaysian Insider.


Encik Rafizi ditahan pada Jumaat di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya yang menyeru kehadiran ramai di perhimpunan #KitaLawan semalam.


Pihak polis memperoleh perintah reman tiga hari bagi ahli Parlimen Pandan itu.


Encik Rafizi sepatutnya mengetuai kumpulan di perhimpunan tersebut dari Masjid Jamek untuk bertemu kumpulan lain dari Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS di kompleks membeli-belah Sogo. - The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >