Polis: Suspek serangan di Belgium sokong IS
Jun 23, 2017 | 05:30 AM
BRUSSELS: Pihak penyiasat menemui bukti bahawa suspek yang meletupkan bom di sebuah stesen kereta api di ibu kota Belgium ini kelmarin bersimpati dengan kumpulan pengganas IS.
Polis menjumpai bahan letupan dalam serbuan di sebuah rumah milik suspek itu di Molenbeek, yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kejadian pengganasan di Perancis dan Belgium, di Brussels.