Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Taiwan tolak buat sementara pengganasan sebagai punca letupan kereta api

Jul 08, 2016 | 10:04 AM



TAIPEI: Polis Taiwan pada  Jumaat (8 Julai)   menolak buat sementara ini pengganasan  sebagai punca letupan kereta api di Stesen Kereta Api Songshan pada Khamis.



Jurucakap Biro Polis Kereta Api, Encik  Wang Bao-zhang, berkata polis tidak menerima sembarang risikan sebelum atau selepas letupan kereta api itu    yang mencadangkan ia ada kaitan dengan pengganasan.



Tiada  sesiapa atau sembarang pertubuhan  mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

“Walaupun polis menemui barang  ada kaitan dengan   bahan letupan di dalam tandas gerabak  kereta api itu, mereka tidak dapat memastikan apakah barang  itu ada kaitan dengan letupan tersebut,” katanya pada sidang akhbar.



Encik Wang, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan  serangan itu   dirancang  oleh lebih daripada satu orang.

Polis belum dapat menjejak  suspek, seorang lelaki yang dipercayai berusia 40-an tahun.



Awal sebelum itu, polis berkata mereka tidak menolak pengganasan sebagai punca letupan tersebut dek penemuan barang ada kaitan dengan bahan letupan itu.



Sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam kejadian tersebut, empat daripada mereka kritikal.

Letupan kereta api terburuk di Taiwan itu melibatkan  sebuah  kereta api penumpang di Stesen Kereta Api Songshan di  Taipei yang dalam perjalanan dari ibu kota itu  ke Keelung di utara Taiwan, perjalanan kira-kira tiga jam.



Saksi berkata mereka mendengar tiga letupan di dalam gerabak itu sebelum ia terbakar. Mereka berkata mereka melihat seorang lelaki berjalan di dalam dan meninggalkan beg di dalam kabin beberapa saat sebelum letupan tersebut.



Sebuah objek hitam sepanjang 20 sentimeter ditemui di tempat duduk kereta api, menurut polis. Pengarah Agung Agensi Polis Negara, EncikChen Kuo-en, berkata objek itu “kelihatan seperti mercun”, lapor Central News Agency.



Perdana Menteri Taiwan, Encik Lin Chuan: memberitahu pemberita: “Kelihatan seseorang melakukan ini dengan niat jahat dan kami akan menyiasat kes ini sepenuhnya.”



Beliau mengarahkan agensi pemerintah relevan membentuk sebuah pasukan untuk menyiasat letupan itu dan membantu mangsa mendapatkan rawatan perubatan terbaik, kata jurucakap Kabinet, Encik Tung Chen-yuan.



Empat mangsa cedera parah, termasuk seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang mengalami kelecuran 30 peratus pada muka, tangan dan kakinya.



Selepas melawat beberapa mangsa di hospital, Encik Lin memberitahu pemberita polis telah meningkatkan tahap berjaga-jaga dan memperkukuh pengawasan, dan menggesa Taiwan “supaya bertenang”.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >