Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis tembak mati lelaki lepaskan tembakan di luar gereja di New York City

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



NEW YORK: Seorang lelaki bersenjata yang menjerit "Bunuhlah aku!" melepaskan tembakan dari tangga Gereja Katedral John the Divine di New York City, selepas satu persembahan koir di luar tamat di sana kelmarin.



Namun, dia ditembak mati oleh polis, menurut polis dan seorang jurugambar agensi berita Reuters di tempat kejadian.



Tiada sesiapa terkena tembakan lelaki itu hasil tindakan pantas tiga pegawai di tempat kejadian yang berdepan dengan suspek, kata Pesuruhjaya Polis New York City Dermot Shea kepada wartawan selepas keganasan pada petang di Upper West Side di Manhattan itu.



Suspek, yang tidak dikenal pasti, ditembak sekurang-kurangnya sekali di kepala semasa kejadian tembak-menembak itu dan dan dikejarkan ke hospital tempatan dan disahkan mati.



Pesuruhjaya Shea berkata polis melepaskan 15 das tembakan ke arah suspek.



Polis menjumpai dua pistol separa automatik di tempat kejadian, dan sebuah beg, yang nampaknya milik suspek, berisi satu tin penuh petrol, tali, wayar, beberapa pisau, sebuah kitab bible dan pita, menurut Pesuruhjaya Shea.



"Saya rasa kita semua dapat mengagak niat buruk dengan melihat kandungan beg ini," tambahnya.



Kejadian itu berlaku di luar katedral mercu tanda bagi Keuskupan Episkopal New York itu, yang terletak di Amsterdam Avenue dan West 112th Street, kira-kira 15 minit selepas tamatnya persembahan koir di tangga di gereja yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.



Konsert musim cuti Krismas tahunan koir itu dipindahkan ke luar sejajar dengan peraturan keselamatan kesihatan Covid-19.



Anggota koir dan kebanyakan penonton telah sama ada memasuki ke dalam gereja atau beredar sebelum tembakan bermula, kata Pesuruhjaya Shea.



Hanya kira-kira 15 orang masih berada di situ ketika lelaki bersenjata itu muncul di anak tangga paling atas dan menjerit, "Bunuhlah aku!" dan "tembaklah aku!," sambil melepaskan tembakan, dan membuat orang ramai panik dan mencari perlindungan, menurut seorang jurugambar Reuters yang berada di tempat kejadian.



Pegawai polis yang berlindung memerintahkan suspek beberapa kali supaya meletakkan senjatanya sebelum menembaknya, kata jurugambar itu.



Anggota koir sudah masuk semula ke dalam gereja apabila tembakan itu bermula, yang berlaku beberapa minit, ujarnya.



"Mujur dek Covid tahun ini, acara itu jauh lebih kecil daripada biasanya.



"Dengan rahmat Tuhan tiada sesiapa kena tembakan hari ini," kata Pesuruhjaya Shea di tempat kejadian.



Gambar Reuters mengenai lelaki bersenjata itu menunjukkan dia memakai baju kot musim sejuk hitam, topi besbol putih dan pelitup yang mempunyai bendera Republik Dominika, ketika berdiri memegang dua pistol.



Dia juga membawa sebuah beg gala pada bahunya.



Rakaman daripada media tempatan menunjukkan polis juga memeriksa sebuah kereta yang diletakkan berhampiran. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >