Polis tembak wanita dalam serbuan antipengganas di London
Apr 29, 2017 | 05:30 AM
LONDON: Seorang wanita ditembak polis di ibu kota England ini semalam, ketika satu serbuan antipengganasan menyusuli operasi pengintipan, kata Polis Metropolitan.
Wanita berusia 20-an itu ditembak di sebuah rumah di barat laut London semasa siasatan menangani pengganasan berterusan, kata polis dalam satu kenyataan.