Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis, tentera cari penduduk yang masih hilang setelah Filipina dilanda Taufan Vamco

Nov 13, 2020 | 09:39 PM



MANILA: Polis dan askar Filipina sedang mencari berdozen orang yang masih hilang setelah Taufan Vamco melanda negara tersebut, membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dan menyebabkan antara banjir paling teruk di ibu kota Manila serta wilayah berdekatan.




Vamco, taufan ke-21 dan paling dahsyat melanda Filipina tahun ini mengakibatkan kerosakan teruk di pulau Luzon pada Rabu dan Khamis lalu.




Ini sedang negara tersebut masih cuba pulih daripada taufan paling hebat di dunia pada tahun ini, Goni, yang meragut 25 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah.




Mayat 39 orang ditemui semasa operasi pencarian, yang masih diteruskan bagi lagi 22 orang yang hilang, kata ketua tentera Gilbert Gapay di sidang akhbar yang diadakan.




Sementara itu, puluhan ribu rumah ditenggelamkan taufan tersebut, meskipun paras air sudah mula surut di beberapa kawasan pinggir bandar Marikina yang teruk terjejas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >