SERANGAN PENGGANAS DI LONDON

Polis: Tiada bukti penyerang ada kaitan dengan ISIS, Al-Qaeda

LONDON: Polis tidak menemui sembarang bukti bahawa penyerang Westminster, Khalid Masood, ada kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) atau Al-Qaeda.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya Antipengganasan, Encik Neil Basu, berkata Masood jelas "berminat mengenai jihad", namun polis tiada bukti dia berbincang mengenai rancangan serangan itu dengan pihak lain.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan