Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis tidak pilih kasih, bertindak terhadap pemandu SG

Apr 09, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Polis Johor tidak mengamalkan pilih kasih, atau double standard, terhadap mana-mana pihak, malah sentiasa tegas dalam penguatkuasaan undang-undang jalan raya, termasuk ke atas warga Singapura.



Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden M. Kumarasan, berkata sekiranya wujud kesalahan seperti yang didakwa dalam maklumat yang disalurkan, kertas siasatan akan dibuka bagi tindakan lanjut hingga ke pertuduhan di mahkamah.



"JSPT sentiasa menjalankan penguatkuasaan secara berterusan, seperti Ops Utama (Laju) dan operasi rutin, di semua lokasi, iaitu lebuh raya, Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.



"Berkaitan kenderaan Singapura yang memandu secara melulu, memang tidak dinafikan ada kejadian sebelum ini dan memang tindakan diambil," katanya.



Beliau diminta mengulasmengenai tindakan beberapa kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dipandu laju dan memotong secara berbahaya di Persimpangan lampu isyarat Felda Gugusan Adela dari Sungai Rengit menghala ke Bandar Penawar baru-baru ini.



Video itu dirakam orang awam sebelum dimuat naik di Facebook 'pen hitam' dan tular di media sosial.



Video 41 saat itu memaparkan sebuah kereta berwarna emas dipandu secara berbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara melulu dan boleh menyebabkan kemalangan.



Menyusuli rakaman terbabit, polis bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Kota Tinggi telah membuka kertas siasatan mengikut akta pengangkutan jalan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >