JAKARTA: Populariti pasangan calon Presiden, Encik Prabowo Subianto dan Encik Hatta Rajasa (Prabowo-Hatta) didapati kian merosot setelah satu kaji selidik kebangsaan dijalankan.
Kaji selidik terhadap 1,200 warga yang berpangkalan di Jakarta yang dijalankan oleh Lingkaran Survei Indonesia (LSI), menunjukkan jika pilihan raya Presiden kedua dijalankan, pasangan Encik Joko Widodo-Encik Jusuf Kalla akan menerima 57.06 peratus undi.