Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo kunjung Jokowi pada Aidilfitri; masih boleh diganding dengan Ganjar bagi pilihan raya presiden 2024

Apr 24, 2023 | 10:54 AM



JAKARTA: Presiden, Encik  Joko Widodo menerima kunjungan calon presiden Parti Gerindra, Encik Prabowo Subianto di rumahnya di Surakarta, Jawa Tengah, sempena Hari Raya Aidilfitri, sehari selepas Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) menamakan sebagai calon Encik Ganjar Pranowo bagi pilihan raya presiden 2024.





Namun, kededua Encik Joko Widodo, atau ‘Jokowi’ dan Encik Prabowo berkata pertemuan itu meneruskan tradisi dan tiada perbincangan politik berlangsung antara kededua pemimpin itu.





“Memang mengikut tradisi, adalah lumrah bagi seseorang penjawat memberikan hormat kepada pemimpin semasa Aidilfitri,” kata Encik Prabowo, yang berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dalam Kabinet Jokowi.





Menjawab pertanyaan wartawan, Encik Prabowo, pengerusi Gerindra, tidak bercakap panjang mengenai  kemungkinan beliau dipasangkan dengan Encik Ganjar, dan berkata Gerindra telah menamakan beliau sebagai calon presiden dan Gerindra berada di kedudukan yang kukuh.





Namun, Encik Prabowo juga berkata keadaan masih boleh berubah.

Menemani Encik Prabowo semasa kunjungannya itu ialah setiausaha agung Gerindra, Encik Ahmad Muzani, tokoh politik Encik Sugiono dan anak Encik Prabowo, Encik Didit Hediprasetyo, lapor Jakarta Post. 





Encik Jokowi, yang ditemani isterinya, Puad Iriana dan anak-anak mereka, Encik Gibran Rakabuming dan Encik Kaesang Pangarep, juga berkata keadaan masih boleh berubah.





Awal dari itu, di sebuah pertemuan sebelum kunjungan ke rumahnya pada Sabtu, Encik Jokowi berkata Encik Prabowo berkemungkinan menjadi rakan calon Encik Ganjar, bersama Menteri Perniagaan Milik Negara (SOE), Encik Erick Thohir; Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Ehwal Keselamatan, Encik Mahfud MD; dan pengerusi Parti Kebangkitan Bangsa (PAN), Encik Muhaimin Iskandar; dan pengerusi Parti Golkar, Encik  Airlangga Hartarto.





Encik Jokowi ialah anggota PDI-P dan hadir pada Jumaat  apabila pengerusi Cik  Megawati Soekarnoputri memberikan mandat kepada Encik Ganjar untuk bertanding pada 2024.





Encik Jokowi dan Encik Ganjar beredar ke Surakart menaiki pesawat presiden pada hari yang sama dan kededuanya menyertai solat Aidilfitri di Masjid Besar Sheikh Zayed di Surakarta.





Encik Jokowi, pada masa lalu, telah memberi restu lisan kepada kededua Encik Ganjar dan Encik Prabowo dan dilaporkan cuba menyakinkan Cik Megawati supaya menggandingkan mereka.





Walau dilihat sebagai calon utama bagi pilihan raya presiden akan datang ini, rekod Encik Ganjar telah dicemari angkara penglibatannya dalam pembatalan Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di Indonesia.





Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Indikator Politik Indonesia yang dilepaskan pada minggu lalu, Encik Prabowo kini mendahului calaon lain dengan 32.7 peratus undi, diikuti Encik Ganjar dengan 27.9 undi di tempat kedua – mengambil alih tempat masing-masing pada Februari lalu.





Dalam pada itu, Parti NasDem yang disokong bekas Gabernor Jakarta, Encik Anies Baswedan dan dilihat sebagai pemimpin pembangkang, kekal di tangga ketiga dengan 22.2 peratus undi.





Sekitar 17.2 peratus pengundi masih belum membuat keputusan tentang siapa yang akan dipilih.





Sokongan daripada pemerintah bagi Encik Prabowo dilihat sebagai bertambah, dengan lima daripada tujuh parti pro-pemerintah dalam Dewan Perwakilan sedang menimbangkan pembentukan perikatan besar bagi pilihan raya 2024, dengan Encik Prabowo sebagai kepalanya.





Menyusuli pertemuan itu, Mayor Surakarta Gibran membawa Encik Prabowo mengelilingi kota, yang berkesudahan di tempat tinggal ulama  Nahdlatul Ulama (NU),  Syech bin Abdul Qodir Assegaf, lapor Antara.





Encik Prabowo sedang cuba menjalin hubungan lebih rapat dengan NU sejak pilihan raya presiden 2024 diumumkan, menyusuli kekalahannya dalam beberapa  pilihan raya berturut-turut di Jawa Timur dan Jawa Tengah yang mengikut tradisi adalah kubu sokongan kuat bagi NU.





Beliau turut melawat dan makan tengah hari dengan beberapa ulama kanan dari NU di Surabaya, Jawa Timur pada Disember 2022, dengan sebahagian kumpulan ini memberikan sokongan kepada Prabowo bagi pilihan raya presiden 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >