Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Amerika Joe Biden umum tanding pilihan raya presiden 2024

Apr 25, 2023 | 07:32 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden berkata beliau akan menyertai persaingan untuk menjadi Presiden bagi penggal kedua pada 2024.



Ia adalah keputusan yang akan menguji sama ada warga Amerika bersedia memberikan Encik Biden, 80 tahun yang mewakili parti Demokrat, masa lagi empat tahun di Rumah Putih.



Encik Biden, pada masa ini, adalah presiden Amerika tertua dalam sejarah.



Encik Biden membuat pengumuman itu menerusi video yang dilepaskan oleh pasukan kempen pilihan raya presiden yang baru, di mana beliau berkata amanahnya adalah untuk mempertahankan demokrasi di Amerika.



Video itu bermula dengan menunjukkan adegan serangan ke atas Capital pada  6 Januari 2021 oleh penyokong mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump.



“Semasa saya bertanding untuk menjadi presiden empat tahun dahulu, saya berkata kita sedang memperjuangkan maruah Amerika dan kita sedang berbuat demikain,” kata Encik Biden.



“Ini bukan masanya bersikap sambil lewa. Itu sebabnya saya akan bertanding untuk dipilih semula. Ayuh kita selesaikan tugas ini. Saya tahu kita boleh.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >