Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Presiden baru seorang pemandiri politik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PERGOLAKAN DI SRI LANKA

Presiden baru seorang pemandiri politik

Jul 21, 2022 | 05:30 AM

ENCIK Ranil Wickremesinghe, 73 tahun, terlatih sebagai peguam, dan menjadi perdana menteri Sri Lanka sebanyak enam kali sejak beliau kali pertama dipilih ke Parlimen pada akhir 1970-an.

Beliau mempunyai rekod berkhidmat di Parlimen secara berterusan hingga 2020, apabila Parti Kebangsaan Bersatunya ditewaskan selepas kejadian pengeboman Easter Sunday pada 2019 di negara pulau itu.

Dikenali sebagai seorang pemandiri (orang dapat berikhtiar untuk bertahan) politik, Encik Wickremesinghe kemudian dilantik sebagai perdana menteri oleh bekas presiden Gotabaya Rajapaksa pada Mei lalu.

Statusnya sebagai reformis pasaran bebas pro-Barat boleh membantu beliau dalam rundingan bantuan penyelamat bersama Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pemiutang asing.

Namun, Encik Wickremesinghe telah memberi amaran tidak akan ada penyelesaian segera bagi masalah ekonomi negara itu.

Beliau dikatakan mempunyai sokongan parti pemerintah Sri Lanka Podujana Peramuna (SLPP), dan mempunyai sekutu merentasi parti.

Namun, Encik Wickremesinghe tidak terlepas daripada kemarahan rakyat yang mengadakan bantahan jalanan sebelum ini, dengan penunjuk perasaan membakar kediaman peribadinya.

Beliau juga didakwa menjadi sekutu keluarga Rajapaksa yang disingkir itu. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3