Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden baru Sri Lanka dijangka benarkan bantahan aman

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Presiden baru Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, memberitahu para diplomat minggu ini bahawa bantahan secara aman terhadap pemerintahnya akan dibenarkan, termasuk di ibu kota Colombo, menurut satu kenyataan pejabat presiden kelmarin.



Dalam satu serbuan pada subuh Jumaat lalu, ratusan anggota keselamatan merobohkan sebahagian daripada kemah-kemah penunjuk perasaan di luar kawasan sekretariat negara.



Gara-gara itu, timbul kebimbangan akan ada lebih banyak tindakan diambil oleh Encik Wickremesinghe, yang baru mengangkat sumpah pada Khamis lalu.



"Presiden Ranil Wickremesinghe telah mengulangi kesungguhannya untuk menegakkan keamanan, dan memastikan hanya bantahan secara aman diadakan," menurut kenyataan daripada pejabat presiden.



Menjelaskan tentang satu pertemuan dengan para diplomat asing di Colombo, kenyataan itu menyebut:



"Para diplomat turut dijelaskan tentang langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bantahan secara aman dibolehkan di setitar bandar tanpa membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda."



Bagaimanapun, tindakan pada Jumaat lalu itu mencetuskan kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan para diplomat Barat.



Mereka menggesa pemerintah Sri Lanka supaya lebih berhati-hati sambil mengatakan bahawa tindakan kekerasan hanya memicu huru-hara di negeri itu dan memburukkan lagi kemelut ekonomi paling parah sejak tujuk dekad lalu.



Encik Wickremesinghe mengambil alih kuasa setelah pemilihan Parlimen ekoran mantan presiden, Encik Gotabaya Rajapaksa, melarikan diri dan meletak jawatan gara-gara desakan bantahan rakyat negeri itu.



Bantahan tersebut disebabkan kegagalan presiden menangani kemelut ekonomi hingga mengakibatkan 22 juta rakyat Sri Lanka mengalami kekurangan bekalan makanan, minyak, ubat-ubatan dan keperluan harian lain.



Hutang luar negara pula meningkat dan pemerintah tidak dapat membayarnya hingga menjejas import barangan keperluan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >