Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Bersatu, Umno nafi tandatangan sokong Anwar jadi PM

Jul 09, 2019 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Dua presiden parti politik Malaysia menafikan mereka telah menandatangani satu akuan berkanun yang menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.



Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan mereka menandatangani sebarang akuan bersumpah untuk menyokong peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Anwar.



Kedua-dua pemimpin itu mengecam deklarasi berkanun palsu itu yang tular di media sosial.



"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah menandatangani satu dokumen Akuan Bersumpah mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri daripada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial hari ini. Dokumen tersebut adalah palsu.



"Saya telah meminta pihak polis supaya menyiasat penularan dokumen palsu ini yang saya fikir adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik saya," tulis Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, pada satu pos Facebook kelmarin.



Datuk Ahmad Zahid juga menyelar pos palsu itu, dengan mengatakan beliau tidak menandatangani sebarang akuan berkanun.



"Merujuk surat akuan sumpah menyokong YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang sedang tersebar luas ketika ini dengan tegas saya menafikannya. Saya tidak menandatangani surat berkenaan.



"Ini merupakan fitnah jahat yang dilakukan oleh mereka yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bagi merosakkan diri saya selaku Presiden Umno.



Sebelum pilihan raya umum Malaysia Mei tahun lalu, parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersetuju Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang dan mengambil ahli kerajaan daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Datuk Anwar akan menggantikan beliau.



Tetapi tempoh peralihan tidak ditetapkan hingga menjadi isu dalam kalangan sesetengah pihak.



PH berjaya menyingkir kerajaan BN dan Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri.



Isu peralihan kuasa timbul lagi baru-baru ini dalam kalangan penyokong Datuk Anwar kerana ada desas-desus kononnya Dr Mahathir lebih suka Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, menjadi perdana menteri, walaupun Dr Mahathir telah berulang kali berkata beliau tetap berpegang pada persetujuan yang telah dicapai.



Kumpulan pendesak Otai Reformis 1998, yang diketahui umum merupakan penyokong Datuk Anwar, bulan lalu menggesa Dr Mahathir menyerahkan segera jawatannya kepada Datuk Anwar.



Dr Mahathir berkata baru-baru ini beliau akan meletak jawatan dalam masa tiga tahun dan Datuk Anwar akan menggantikannya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >