Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Presiden AS lawat Puerto Rico dan Florida untuk dekati mangsa, nilai kemusnahan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Presiden AS lawat Puerto Rico dan Florida untuk dekati mangsa, nilai kemusnahan

Oct 02, 2022 | 06:48 PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden dan isteri, Puan Jill Biden, akan mengadakan lawatan ke Puerto Rico esok (3 Okt) bagi melihat kemusnahan yang menimpa pulau itu akibat Badai Fiona sebelum berlepas ke Florida, yang mengakibatkan sebahagian daripada negeri itu musnah teruk akibat Taufan Ian, menurut Rumah Putih, semalam.

Pegawai Rumah Putih bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut akan lawatan Encik Biden dan isteri ke dua-dua tempat berkenaan.

Encik Biden sebelum ini menyatakan beliau akan mengadakan lawatan ke kedua-dua tempat ini bagi memberi jaminan kepada penduduk bahawa pentadbiran federal akan membantu dalam pemulihan mereka.

"Selain apa yang kami lakukan di Florida dan South Carolina, kami kekal fokus kepada usaha-usaha pemulihan di Puerto Rico juga," kata Encik Biden kelmarin di Rumah Putih. 

"Kami akan terus kekal di sini selama mana diperlukan," tegasnya.

Taufan Ian yang membadai AS dikatakan telah meragut lebih 30 nyawa setakat petang semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Ia termasuk 28 kematian yang turut direkodkan di tenggara Florida, AS.

Bagaimanapun, angka berkenaan rendah apabila dibandingkan dengan data dikumpulkan berdasarkan laporan media tempatan, dengan NBC melaporkan angka kematian mencecah 77 orang, manakala laporan CNN pula membabitkan 70 nyawa.

Belum ada angka kematian rasmi diterbitkan pada peringkat negeri mahupun Persekutuan setakat ini.

Gabenor Florida, Encik Ron DeSantis, berkata sekurang-kurangnya 1,100 penyelamat dikerahkan ke Florida sejak Taufan Ian tiba di negeri itu dan tergolong Kategori 4 pada petang Rabu lalu.

Taufan Ian membawa malapetaka seperti ribut, hujan lebat dan tiupan angin yang memusnahkan serta berisiko mendatangkan banjir sama ada di pesisir pantai Florida dan kawasan pedalaman.

Pada petang kelmarin, Taufan Ian membadai kawasan Carolina Selatan sebagai Taufan Kategori 1 dan mula bertambah lemah menjadi siklon pasca tropika.

Encik Biden dalam pada itu menganggap Taufan Ian berkemungkinan antara yang paling buruk dalam sejarah negara.

"Kita berada pada permulaan untuk melihat skala kemusnahan. Ia memerlukan berbulan-bulan, malah bertahun lamanya untuk membina semula," katanya di Rumah Putih kelmarin.

Sebuah firma penyelidikan, CorecLogic menganggarkan kerugian disebabkan Taufan Ian dan ribut melonjak antara AS$28 bilion ($40.10 bilion) dan AS$47 bilion ($67.30 bilion). - Agensi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3