SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Presiden Erdogan kecam pergerakan LGBT

Presiden Erdogan kecam pergerakan LGBT

Feb 3, 2021 | 5:30 AM

Presiden Erdogan kecam pergerakan LGBT

TUNJUK PERASAAN: Polis Turkey menahan seorang wanita semasa tunjuk perasaan di luar Universiti Bogazici di Istanbul kelmarin menyusuli komen Presiden Turkey tentang pergerakan LGBT. Gabenor Istanbul mengesahkan 159 orang telah ditahan. - Foto AFP
TUNJUK PERASAAN: Polis Turkey menahan seorang wanita semasa tunjuk perasaan di luar Universiti Bogazici di Istanbul kelmarin menyusuli komen Presiden Turkey tentang pergerakan LGBT. Gabenor Istanbul mengesahkan 159 orang telah ditahan. - Foto AFP -

ISTANBUL: Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan kelmarin mengecam pergerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Turkey, dan menuduh pergerakan itu dengan perbuatan "vandalisme", selepas tercetusnya tunjuk perasaan pelajar di bandar itu.

Empat orang telah diberkas pada hujung minggu lalu kerana memaparkan bendera pelangi LGBT di tempat paling suci Islam semasa satu perhimpunan yang diadakan di Universiti Bogazici di Istanbul.

Sejurus selepas ucapan Encik Erdogan disiarkan di televisyen pada Isnin lalu, satu lagi perhimpunan tercetus di sekolah itu dengan puluhan orang ditahan, dan rakaman media sosial menunjukkan pihak polis mengheret beberapa pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman.

"Kami akan membawa anak muda kami ke masa hadapan, bukan sebagai belia golongan LGBT, tetapi sebagai belia yang wujud di dalam kegemilangan lalu negara ini," kata Encik Erdogan dalam satu rangkaian video dengan anggota parti AK yang memerintah negara itu.

"Kamu bukan belia golongan LGBT, bukan golongan belia yang melakukan perbuatan vandalisme. Sebaliknya, kamulah yang akan memperbaiki hati yang hancur."

Kumpulan hak asasi telah menuduh Encik Erdogan kerana membawa Turkey, sebuah negara sekular dengan majoriti penduduk beragama Islam, menjadi sebuah negara yang semakin konservatif di bawah pemerintahannya selama 18 tahun.

Homoseksualiti dibenarkan di sepanjang sejarah Turkey moden.

Namun, golongan homoseksual sering berhadapan dengan gangguan, acara-acara LGBT disekat di bawah pemerintahan Erdogan.

Turkey telah menyaksikan beberapa tunjuk perasan pelajar bulan lalu selepas Encik Erdogan melantik penyokong setia partinya sebagai ketua Universiti Bogazici.

Semasa satu demonstrasi yang diadakan Jumaat lepas, penunjuk perasaan menggantung satu karya seni berhadapan pejabat rektor baru itu yang menggambarkan tempat suci di Makkah dengan imej yang menunjukkan bendera pelangi gerakan LGBT.

Polis Turkey menuduh empat orang kerana "menimbulkan kebencian di dalam masyarakat". Dua daripada mereka telah direman dalam tahanan dan dua lagi diletakkan di bawah tahanan dalam rumah.

Beberapa kumpulan pelajar sekali lagi mengadakan demonstrasi di Universiti Bogazici Isnin kelmarin walaupun terdapat ratusan polis rusuhan, untuk mendesak supaya empat orang yang ditahan itu dibebaskan dan rektor meletak jawatan.

Beberapa orang pelajar kelihatan diheret pegawai polis dan gabernor Istanbul kemudian memberi kenyataan bahawa 159 orang telah diberkas.

Bulan lepas, Encik Erdogan menuduh mereka yang mengambil bahagian di dalam demonstrasi pelajar itu sebagai "pengganas". - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg