Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Presiden Halimah dan Presiden Qi pertingkat lagi hubungan S'pura-China

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Presiden Halimah dan Presiden Qi pertingkat lagi hubungan S'pura-China

Feb 06, 2022 | 05:14 PM

PRESIDEN Halimah Yacob dan rakan sejawatannya di China, Encik  Xi Jinping, pada Ahad (6 Februari) bersetuju untuk meneruskan usaha mempertingkat hubungan dua hala dan mengalu-alukan upacara menandatangani Memorum Persefahaman (MOU) yang akan melanjutkan kerjasama dalam kajian beruang panda, jelas kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.

Puan Halimah bertemu Encik Xi di dewan besar Great Hall of the People pada hari terakhir lawatan kerjanya ke Beijing, termasuk kunjungan ke acara pembukaan Olimpik Musim Sejuk pada Jumaat.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi hubungan dua hala yang mereka kata mengekalkan momentum positif walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.

Mereka menambah kedua-dua pemerintah harus mempertingkat kerjasama dalam bidang kolaborasi yang sedia ada termasuk projek antara kepimpinan di Suzhou, Tianjin dan Chongqing.

Mereka juga mengalu-alukan lebih kerjasama dalam bidang seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan kota bijak.

"(Pemimpin dua negara ini) juga berbincang kepentingan jalinan manusia dengan manusia dan menanti penyambungan semula sepenuhnya ketersambungan udara dan pertukaran sumber manusia apabila kondisi diizinkan," tambah kenyataan itu.

Kementerian Ehwal Luar China yang membacakan hasil mesyuarat itu berkata Encik Xi mengharapkan kedua-dua pihak dapat memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk mencapai kerjasama saling memenangi.

"Pihak Singapura terbuka untuk bergantung pada mekanisme kerjasama tempatan yang dibentuk bersama wilayah China dan kota-kota bakal memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi perputaran dua pihak," jelas Encik Xi.

Singapura mempunyai lapan majlis perniagaan dan ekonomi wilayah bersama Sichuan, Shandong, Liaoning, Zhejiang, Tianjin, Guangdong, Jiangsu dan Shanghai.

Sewaktu mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin juga mendedahkan nama asrama pelajar yang dibina di Bandar Anzi yang terpencil di Chongqing untuk menandakan hubungan dua hala selama 30 tahun.

Puan Halimah akur bahawa asrama itu lambang "persahabatan utuh antara penduduk dua negara dan kepentingan pendidikan buat kedua-dua negara ini," ujar kenyataan MFA itu lagi.

"Zhixinlou", yang jika diterjemahkan bermaksud "memahami dan mempelajari lebih tentang Singapura" boleh menampung lebih 100 pelajar, secara ketara mengurangkan masa mengembara bagi pelajar di kawasan desa yang sebelum ini perlu meredah jalanan berjam lamanya untuk menghadiri kelas mereka.

Ia dibina menggunakan dana yang dikumpulkan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura di China dan misi asing di China serta telah dimanfaatkan sejak Januari 2021.

Kenyataan MFA itu juga mengumumkan Memorandum Persefahaman (MOU) baru yang ditandatangani antara Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura dan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Nasional China yang menggalak pertukaran dan perkongsian ilmu lanjutan antara kedua-dua pihak dalam pengurusan dan pemuliharaan beruang panda.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3