Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Halimah hargai kuasa Olimpik Musim Sejuk himpun atlet merata dunia, galak kecemerlangan sukan

Feb 05, 2022 | 09:00 PM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV pada Jumaat (4 Februari).



Ini disusuli dengan jamuan kedatangan yang diadakan Presiden Republik China, Encik Xi Jinping dan Cik Peng Liyuan, buat orang kenamaan asing pada Sabtu. 



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu, Puan Halimah dikatakan turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, Encik Li Keqiang pada Sabtu.



Puan Halimah juga mengucapkan tahniah kepada China di atas kejayaan acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk itu. Beliau turut melahirkan penghargaan ke atas kuasa penyatuan Olimpik dalam menghimpunkan olahragawan daripada merata dunia untuk mencapai kecemerlangan kesukanan dan menggalak semangat kesukanan.



Puan Halimah dan Encik Li mengesahkan hubungan akrab antara Singapura dan China. Mereka juga mengalu-alukan momentum yang baik dalam kerjasama ekonomi termasuk pertumbuhan sihat dalam perdagangan dan pelaburan serta kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan kemajuan mampan.



Mereka juga bersetuju terdapat banyak bidang penumpuan antara pemburuan perkembangan inovatif, mampan dan inklusif Singapura dengan strategi perkembangan masa kini dan akan datang China.



Puan Halimah turut melahirkan kesediaan Singapura dalam mendalami lagi kerjasama dua hala dan memastikan hubungan antara kedua-dua negara kekal substantif dan memandang ke depan sedang kedua-dua negara bekerjasama untuk mencapai pemulihan pasca pandemik dan masa depan yang mampan.



Puan Halimah juga menantikan penyambungan sepenuhnya ketersambungan udara dan pertukaran penduduk termasuk kepulangan semua pelajar Singapura ke China bagi pengajian mereka apabila keadaan mengizinkan.



Presiden Halimah akan bertemu Presiden Xi pada Ahad sebelum beliau pulang ke Singapura.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >