Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada Presiden Biden

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menulis surat ucap tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, di atas pelantikannya.



Mereka menekankan Singapura dan Amerika mengongsi hubungan dua hala lama dan berpanjangan, sambil melahirkan harapan dapat bertemu Encik Biden.



Dalam suratnya, Puan Halimah berkata dunia sedang menghadapi cabaran besar ekoran Covid-19.



"Pengalaman lama anda di pejabat awam akan menyediakan kepimpinan yang membimbing dan mantap dalam waktu kritikal buat Amerika ini dan masyarakat antarabangsa.



"Saya ucapkan yang terbaik buat anda sedang anda memimpin negara anda ke hadapan," ujar beliau.



Puan Halimah menambah Singapura dan Amerika mengongsi persahabatan lama dan berpanjangan. Hubungan dua hala juga terus berkembang tahun demi tahun. Ini termasuk dari segi pertahanan dan keselamatan, ekonomi dan hubungan warga.



"Saya masih ingat bertemu anda semasa lawatan anda ke Singapura pada Julai 2013, dan berharap dapat menyambut anda dan keluarga anda kembali ke Singapura lagi," ujar Puan Halimah.



Sementara itu, dalam suratnya, PM Lee berkata Encik Biden memegang jawatan pada masa Amerika dan seluruh dunia menghadapi banyak cabaran besar.



Banyak negara, termasuk Amerika, mengalami gelombang pandemik yang berulang.



"Mereka mengalami kerosakan besar ke atas ekonomi dan juga mata pencarian rakyat masing-masing.



"Kepimpinan Amerika yang kuat akan membuat perbezaan sangat penting kepada pemulihan bersama kita dan membentuk dunia pos-Covid-19," kata Encik Lee.



Beliau menambah bahawa Singapura telah menjadi rakan strategik, pertahanan dan ekonomi Amerika yang lama, dengan dua negara ini terus meluaskan kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi digital, kesambungan data, keselamatan siber, dan juga pembiayaan infrastruktur.



"Anda boleh terus bergantung pada Singapura sebagai rakan konsisten dan boleh dipercayai, sedang kita memajukan kepentingan bersama negara kita dan menangani cabaran bersama."



Encik Lee turut melahirkan harapan dapat bertemu Encik Biden secepat mungkin sama ada di Singapura atau di Washington D.C.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >