Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Halimah, PM Lee ucap takziah atas pemergian Putera Philip

Apr 11, 2021 | 01:54 PM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucapan takziah kepada pemimpin Britain atas pemergian Putera Philip, suami Ratu Elizabeth.



Putera Philip, yang juga dikenali sebagai Duke of Edinburgh, meninggal dunia pada Jumaat (9 April) di Istana Windsor pada usia 99 tahun.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (11 April), Presiden Halimah telah menulis kepada Ratu Elizabeth untuk menyampaikan takziah bagi pihak rakyat Singapura.



Dalam surat itu, Presiden Halimah berkata Singapura akan sentiasa mengingati lawatan rasmi Ratu Elizabeth dan Putera Philip ke Singapura pada 2006, serta sambutan penuh mesra mendiang kepada mantan Presiden Dr Tony Tan, semasa lawatan rasmi Singapura ke Britain pada 2014.



Encik Lee pula telah menulis kepada Putera Charles dan Perdana Menteri Boris Johnson, dengan mengenang jasa bakti mendiang kepada Britain, serta dalam bidang seperti pendidikan dan pembangunan belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >