Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Halimah terima anugerah awam tertinggi Saudi

Nov 06, 2019 | 10:45 PM



PRESIDEN Halimah Yacob menerima Darjah Utama Abdulaziz Saud daripada Raja Salman Abdulaziz Al Saud, anugerah awam tertinggi di Arab Saudi pada Rabu (6 November).



Puan Halimah ialah pemimpin pertama Singapura yang diberikan anugerah ini.



Singapura juga menerima undangan Raja Salman untuk menghadiri sidang puncak G20 yang akan diadakan di Riyadh dari 21 hingga 22 November tahun depan.



Puan Halimah mengadakan pertemuan dengan Raja Salman di Istana Al Yamamah dengan kedua-dua pemimpin itu mengesahkan hubungan mesra berpanjangan antara Singapura dengan Saudi.



Mereka juga berbincang tentang peluang meluaskan kerjasama, termasuk menerusi sokongan Singapura bagi projek ekonomi Wawasan 2030 Arab Saudi dan kepimpinan Saudi di G20 bagi tahun depan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam.



Puan Halimah, yang ditemani suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, turut menghadiri jamuan yang diadakan khas buat beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >