Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Indonesia Jokowi umum kabinet baru

Oct 23, 2019 | 02:53 PM



PRESIDEN Joko Widodo mengumumkan kabinet baru Indonesia hari ini yang terdiri daripada ahli politik serta karyawan termasuk pengasas bersama syarikat Gojek. 



“(Kabinet ini) dipanggil Kabinet Maju Indonesia. Memandang ke hadapan, kami akan menumpukan kepada pembangunan warga, mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan peluang untuk syarikat kecil dan sederhana,” kata Encik Widodo beberapa hari selepas perlantikannya buat kali kedua, dan terakhir, selama tempoh lima tahun. 



Dalam ucapannya, Encik Widodo turut memberi amaran kepada menteri barunya: “Pertama sekali, jangan terlibat dengan rasuah. Tapi wujudkan sistem yang menghalang sebarang ruang untuk rasuah wujud. 



“Bekerja dengan pantas, keras dan produktif. Jangan terperangkap dalam rutin yang membosankan,” katanya, mengingatkan 34 anggota kabinet bahawa anggota yang tidak menunjukkan prestasi baik boleh digantikan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahunnya sebagai presiden.



Encik Widodo telah mengekalkan jawatan anggota lama Dr Sri Mulyani Indrawati, yang telah berkhidmat dalam kabinet lamanya dan juga merupakan menteri kewangan apabila presiden Susilo Bambang Yudhoyono dilantik, dan juga Encik Luhut Pandjaitan, mantan pegawai tentera.



Lebih daripada sepertiga menteri yang dilantik terdiri daripada anggota lama semasa pentadbiran beliau sebelum ini, dengan sebanyak 40 peratus ahli politik dalam kabinet barunya. 



Pengasas bersama Gojek, Encik Nadiem Makarim, dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Ehwal Budaya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >