Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Joko Widodo bentang visi bagi penggal kedua

Jul 15, 2019 | 07:43 AM



JAKARTA - Presiden Indonesia Joko Widodo membentangkan visinya bagi penggal kedua yang akan melihat pemerintahnya mengalihkan tumpuan dari pembangunan prasarana kepada pembangunan mutu sumber tenaga (HR) di negara itu.



Beliau juga melakarkan cara bagi menjadikan negara itu lebih produktif dan berdaya saing dalam era perubahan yang pantas dan tidak menentu di peringkat sejagat.



Pembangunan prasarana akan diteruskan dari ia pertama kali diperkenalkan semasa beliau pertama kali dilantik dari 2014 hingga tahun ini, dan akan menghubungkan prasarana yang sudah pun dibangun dengan pusat-pusat ekonomi.



“Kami akan memberikan tumpuan terhadap pembangunan HR. Pembangunan HR adalah kunci kepada masa hadapan Indonesia’’ kata beliau, dalam ucapan yang disiarkan secara langsung ke stesen televisyen setempat dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul, Jawa Barat semalam (14 Julai).



Beliau menambah badan pengurusan bakat negara akan dibentuk dan menyokong sokongan kepada diaspora Indonesia yang berbakat.



Dalam pada itu, prasarana seperti jalan raya bertol, keretapi, pelabuhan kelautan dan lapangan terbang akan dihubungkan dengan pusat perkilangan, estet perindustrian kecil, zon ekonomi khas dan zon pelancongan, menurut laporan The Straits Times (ST).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >