Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Jokowi mungkin rombak Kabinet seawal minggu ini: Sumber

Dec 20, 2020 | 01:51 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka mengumumkan seawal minggu ini rombakan Kabinet yang dinanti-nanti bagi menggantikan menteri yang kurang menampakkan keberhasilan tugas termasuk dua menteri yang baru-baru ini ditangkap kerana rasuah dan mungkin Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto.



Akhbar The Straits Times melaporkan sejak beberapa bulan lalu, penduduk Indonesia telah menggesa Encik Joko agar memberhentikan sahaja Menteri Kesihatan - yang disifatkan tidak proaktif dalam amanahnya dan dikenali sebagai seseorang yang hanya meminta penduduk Indonesia agar berdoa sahaja bagi menjauhkan diri daripada koronavirus.



"Rombakan akan dibuat tidak lama lagi seawal minggu depan," kata dua sumber yang enggan dinamakan.



Menteri Sosial, Encik Juliari P. Batubara ditangkap Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) pada 6 Disember sebagai sebahagian daripada usaha agensi antirasuah itu mencungkil kes penyogokan melibatkan syarikat swasta yang memenangi kontrak daripada kementeriannya bagi membekalkan pakej bantuan kepada mereka yang terjejas dengan penularan koronavirus.



Pada 25 November, Menteri Kelautan dan Perikanan, Encik Edhy Prabowo pula diberkas kerana didakwa mengambil rasuah berhubungan dengan keputusan kementeriannya meniadakan sekatan terhadap eksport larva udang karang.



Encik Joko yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi dilantik sekali lagi sebagai Presiden Indonesia tahun lalu dan kini dalam penggal kedua dan terakhir bagi amanah lima tahunnya selaku Presiden. Beliau merombak Kabinet beberapa kali sewaktu penggal pertama dari 2014 hingga 2019.



Berita mengenai rombakan semula Kabinet itu kedengaran seawal Jun apabila Encik Joko mengherdik menterinya atas ketidaktangkasan menangani krisis Covid-19.



Beliau menyatakan menterinya itu berada dalam bentuk pemikiran keadaan sama sahaja seperti biasa dalam berdepan dengan krisis mencabar itu.



Encik Joko sangat kecewa dengan kelambatan pengagihan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi membantu golongan miskin, dorongan bagi perniagaan untuk cepat-cepat bertindak bagi menghalang sebarang pembuangan kerja, kewangan bagi membeli peralatan perubatan dan elaun khas buat doktor dan jururawat.



Beliau lebih marah dengan laporan yang menyatakan Kementerian Kesihatan Indonesia hanya berbelanja 1.5 peratus daripada 75 trilion rupiah ($7.06 bilion) yang diperuntukkan bagi dana darurat. Keseluruhan dana yang diketepikan bagi mengurangkan impak Covid-19 ialah 700 trilion rupiah.



Menteri-menteri Indonesia memberi respons dengan mempercepatkan agihan bantuan dan mempertingkat langkah mengekang koronavirus.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >