Presiden Korea S bakal lawat S’pura, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Presiden Korea S bakal lawat S’pura

Jul 02, 2018 | 06:38 PM

SEOUL: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dari 11 hingga 13 Julai, kata jurucakap Rumah Biru negara itu hari ini.

Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa lawatan negara itu adalah yang pertama dibuat Encik Moon sejak beliau menjadi Presiden Korea Selatan pada Mei 2017.

Beliau dijadual bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menurut jurucakap pejabat presiden negara itu.

“Menerusi pertemuannya dengan Presiden Singapura dan rundingan dengan Perdana Menteri, Presiden Moon akan membuat penilaian mengenai kerjasama antara kededua negara sejauh ini dan membincangkan cara bagi membolehkan kerjasama berorientasikan masa depan antara kededua negara berdasarkan kemajuan tersebut,” kata jurucakap itu.

Menurut Reuters, beliau dijadual memberi ucapan di Singapura mengenai visi dan dasarnya bagi mewujudkan keamanan yang kekal di semenanjung Korea selain kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map