MEXICO CITY: Presiden Enrique Pena Nieto berkata sebahagian daripada dasar calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, menimbulkan ancaman serius pada Mexico.
Beliau berkata demikian hanya beberapa jam selepas mesyuarat kontroversial mereka, di mana mereka berusaha memperbaiki hubungan tegang.
Kelihatan tegas, Encik Pena Nieto, yang dikritik kerana menjadi hos bagi Encik Trump, berkata dalam satu temubual televisyen pada Rabu (31 Ogos) bahawa beliau menjemput Encik Trump ke Mexico untuk berdepan dengan ancaman tersebut.
Nada beliau sangat berlainan daripada nada lebih positif yang ditunjukkan mereka berdua selepas pertemuan pada awal sebelumnya. - Reuters