Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Perancis positif Covid-19

Dec 17, 2020 | 7:40 PM
DIUJI POSITIF COVID-19: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, diuji positif Covid-19 pada Khamis (17 Dosember). - Foto EPA-EFE/IAN LANGSDON
DIUJI POSITIF COVID-19: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, diuji positif Covid-19 pada Khamis (17 Dosember). - Foto EPA-EFE/IAN LANGSDON -

PARIS: PRESIDEN Perancis, Encik Emmanuel Macron, diuji positif Covid-19 pada Khamis (17 Disember) dengan beliau kini mengasingkan dirinya selama seminggu.

Beliau adalah salah seorang daripada beberapa pemimpin dunia yang menghidap Covid-19 termasuk Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

Menurut satu kenyataan Pejabat Presiden, Encik Macron menjalani ujian Covid-19 selepas "wujudnya tanda jangkitan pertama" dengan beliau kini mengikut ketetapan negara dengan mengasingkan dirinya sendiri selama tujuh hari. Beliau akan terus bekerja dan menjalankan kegiatannya dari jauh.

Kerana pengesanan jangkitan tersebut, satu lawatan Encik Macron ke Lebanon telah dibatalkan.

Beliau dikatakan menitikberatkan kunjungan itu kerana ingin mengusulkan perubahan politik lebih meluas selepas letupan pelabuhan Beirut berlaku pada Ogos lalu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg