Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, siap letak jawatan selepas dihalau keluar dari kediaman

Jul 10, 2022 | 01:37 PM



COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, sedang mempersiapkan diri untuk akhirnya melepaskan jawatannya pada Ahad (10 Julai) apabila beliau bergegas keluar daripada kediamannya yang dipenuhi penunjuk perasaan dengan beliau selanjutnya didesak mengumumkan peletakan jawatannya.



Peristiwa pada Sabtu adalah hasil berbulan-bulan lamanya tunjuk perasaan berbaur anti pemerintah diadakan yang berpunca daripada krisis ekonomi yang menyebabkan Sri Lanka jatuh muflis.



Penunjuk perasaan juga dilaporkan marah dengan kelompok Rajapaksa yang dikatakan mengambil rasuah.



Ratusan ribu penduduk yang berhimpun di Colombo pada Sabtu mendesak pemerintah agar bertanggungjawab terhadap penyalahpengurusan kewangan Sri Lanka dan kekurangan makanan dan bahan bakar yang kian meruncing.



Selepas memecah masuk pagar istana presiden, sekumpulan penunjuk perasaan memasuki bilik di situ dengan sebilangannya yang bersorak-sorak terjun ke dalam kolam di istana itu.



Yang lain kelihatan tertawa dan berehat di bilik tidur kediaman Presiden dengan salah seorang daripadanya menayangkan seluar dalam yang dia dakwa merupakan milik Encik Rajapaksa.



Selepas beredar keluar daripada istana itu, Encik Rajapaksa menaiki kapal di pelabuhan Colombo dan dibawa belayar sebelum beliau akhirnya mengumumkan dirinya akan meletakkan jawatan atas desakan ramai.



"Bagi memastikan peralihan yang aman, Presiden berkata beliau akan mengundurkan diri pada 13 Julai," jelas Speaker Parlimen, Mahinda Abeywardana, dalam satu kenyataan di televisyen.



Encik Rajapaksa perlu dikeluarkan daripada kediamannya oleh pasukan tentera yang menembak ke udara untuk memastikan orang ramai tidak mendekati kawasan itu.



Tidak lama selepas penunjuk perasaan bergegas masuk ke dalam istana presiden, pejabat pinggir laut Encik Rajapaksa yang berhampiran juga jatuh ke tangan penunjuk perasaan.



Perdana Menteri Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, orang pertama yang akan menggantikan Encik Rajapaksa, mengadakan mesyuarat dengan pemimpin politik dan berkata beliau bersedia mengundurkan diri untuk memberi laluan bagi pemerintah yang bersatu-padu.



Namun, keadaan itu gagal untuk menenangkan penunjuk perasaan yang memecah masuk kediaman Perdana Menteri dan membakarnya pada waktu malam.



 



Klip video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan orang bersorak apabila api menyala selepas seorang pegawai keselamatan yang menjaga Encik Wickremesinghe menyerang beberapa wartawan di luar kediaman itu.



Tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu sejauh ini. Polis berkata Encik Wickremesinghe dan keluarganya tiada di rumah.



Pengumuman peletakan jawatan Encik Rajapaksa dijangka akan mencetus satu pergelutan politik.



Amerika Syarikat pada Ahad menggesa pemimpin Sri Lanka itu agar bertindak segera bagi mencari huraian jangka panjang.



Jurucakap hospital utama di Colombo berkata tiga orang dirawat kerana kecederaan hasil tembakan manakala 36 yang lain mengalami masalah kesukaran bernafas selepas terjebak dalam bendungan gas pemedih mata. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >