Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Presiden Sri Lanka 'terperangkap' di lapangan terbang, pasport enggan dicop pegawai

Jul 12, 2022 | 05:31 PM

COLOMBO: Presiden Sri Lanka terperangkap di negaranya sendiri dalam kejadian memalukan dengan kakitangan imigresen lapangan terbang dikatakan enggan pergi ke suite VIP untuk mengecop pasportnya, sekali gus menghalang beliau keluar ke luar negara, kata sumber rasmi.

Encik Gotabaya Rajapaksa telah berjanji meletak jawatan hari ini dan membuka jalan bagi “peralihan kuasa secara aman” berikutan bantahan meluas terhadapnya berhubung krisis ekonomi negara yang belum pernah berlaku sebelumnya.

Pemimpin berusia 73 tahun itu melarikan diri dari kediaman rasminya di Colombo sebelum puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu pada Sabtu lalu, dan beliau dikatakan mahu pergi ke Dubai, kata pegawai.

Sebagai presiden, Encik Rajapaksa menikmati kekebalan daripada penahanan, dan beliau dipercayai mahu ke luar negara sebelum meletak jawatan bagi mengelak kemungkinan ditahan.

Dilaporkan, pegawai imigresen di lapangan terbang enggan pergi ke suite VIP untuk mengecop pasport Encik Rajapaksa, sedang beliau menegaskan tidak akan menggunakan kemudahan awam kerana takut akan tindakan balas orang ramai di lapangan terbang.

Beliau dan isterinya bermalam di pangkalan tentera bersebelahan lapangan terbang antarabangsa utama selepas terlepas empat penerbangan yang mungkin membawa mereka ke Amiriah Arab Bersatu (UAE). - AFP
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3