Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Xi ingin bina ‘negara sosialis moden’

Oct 18, 2017 | 01:26 PM



BEIJING: Presiden China Xi Jinping membuka Kongres Parti Komunis hari ini dengan janji untuk membina “negara sosialis moden” yang tidak akan meniru sistem politik negara lain dan akan kekal terbuka untuk dunia. 



Ucapan Xi itu telah memulakan kongres yang hanya diadakan dua kali sedekad dan berlangsung selama seminggu yang akan berakhir dengan pemilihan Jawatankuasa Tetap Politburo yang akan memerintah seramai 1.4 bilion penduduk China untuk lima tahun akan datang. 



Beliau mengetengahkan visinya itu kepada 2,000 perwakilan di Great Hall of the People, termasuk mantan presiden Jian Zemin yang berusia 91 tahun. 



“Melalui tempoh kerja keras yang lama, sosialisme dengan ciri-ciri Cina memasuki era yang baru, ini adalah hala tuju sejarah baru dalam pembangunan negara kita,” kata Xi dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen China. 



China akan melonggarkan akses pasaran bagi pelaburan asing dan mengembangkan akses kepada sektor perkhidmatannya, serta memperkukuhkan reformasi berorientasikan pasaran terhadap kadar terhadap kadar pertukaran dan sistem kewangannya, sementara pada masa yang sama mengukuhkan firma negeri, katanya. 



Sistem politik China adalah yang paling berkesan untuk melindungi kepentingan asas rakyat, kata Xi. 



“Kita tidak sepatutnya meniru sistem politik negara lain secara mekanikal,” katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >