Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Profesor Diraja Ekon' Ungku Abdul Aziz meninggal

Dec 16, 2020 | 5:30 AM
ALLAHYARHAM UNGKU ABDUL AZIZ
ALLAHYARHAM UNGKU ABDUL AZIZ -

KUALA LUMPUR: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court Kuala Lumpur semalam.

Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Prof Ungku Aziz, 98 tahun, telah dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam tadi, lapor Astro Awani.

Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom, pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada 1993.

Beliau yang dianugerahkan gelaran 'Profesor Diraja Ekonomi' (Pembangunan Luar Bandar) pada 1978.

Pada 2002, beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Malaysia.

Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg