Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19

Program vaksinasi Eropah berdepan beberapa kegenjotan

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



BRUSSELS: Kempen Kesatuan Eropah (EU) untuk menyuntik 450 juta penduduk Eropah dengan vaksin mencegah Covid-19 menemui beberapa cabaran awal sedang ia cuba mengekang pandemik itu.



Dalam satu kejadian, lapan pekerja di sebuah rumah jagaan di Stralsund di utara Jerman disuntik sebanyak lima kali daripada dos yang disarankan bagi vaksin Pfizer dan BioNTech. Empat pula dirawat di hospital.



"Kejadian itu amat mendukacitakan. Kes individu itu disebabkan kesilapan manusia. Saya harap mereka yang terjejas tidak menghadapi kesan sampingan yang serius,'' kata ketua distrik Stefan Kerth.



Vaksinasi EU itu bermula sejak hujung minggu lalu, dengan kakitangan penjagaan kesihatan dan penduduk rumah penjagaan diberi suntikan pertama vaksin Pfizer.



Di Italy, beberapa ahli politik mengadu bahawa Jerman, negara terbesar EU dan negara yang mencipta BioNTech, mendapat lebih banyak vaksin daripada apa yang sepatutnya.



EU seharusnya menerima 12.5 juta dos vaksin Pfizer menjelang Tahun Baru, dengan pengedaran sebanyak 200 juta dos di 27 negara anggota selesai menjelang September tahun hadapan. Setiap orang memerlukan dua dos.



Seorang jurucakap Pfizer enggan memberi komen mengenai jadual tertentu dan menyatakan ia dapat diubah berdasarkan keupayaan dan penghasilan vaksin tersebut.



Perbincangan sedang dilaksanakan bagi menghantar tambahan 100 juta dos di bawah kontrak.



Cabaran awal pelaksanaan itu perlu dipertimbangkan pihak berkuasa sedang negara-negara mula meluluskan vaksin lain termasuk Moderna dan AstraZeneca, yang lebih mudah dikirimkan dan disimpan.



Di selatan Jerman, pegawai perlu menghantar balik sekitar 1,000 dos selepas mendapati ia dikirimkan dalam kotak beku yang biasanya digunakan bagi perkelahan dan perkhemahan.



Cara simpanan itu tidak sesuai bagi menyimpan vaksin tersebut kerana ia perlu disimpan di bawah -70 darjah Celsius.



Ia boleh dinyahbekukan beberapa hari sebelum digunakan tetapi masih perlu disimpan di tempat sejuk sekitar 2-8 darjah Celsius.



"Terdapat keraguan jika rangkaian beku itu dikekalkan sepanjang masa,'' kata seorang pentadbir kawasan di bandar Lichtenfels, Encik Christian Meissner.



"BioNTech berkata vaksin itu adalah 'okey' tetapi 'okey' mungkin tidak mencukupi,'' katanya.



Kelemahan dalam penghantaran vaksin itu diketahui selepas dos itu sampai ke pihak berkuasa. BioNTech enggan mengulas.



Di Sepanyol, penghantaran vaksin Pfizer tertunda selama sehari hingga hari ini disebabkan isu cuaca yang belum dihuraikan, kata Menteri Kesihatan Salvador Illa.



Cik Maria Asuncion Ojeda, seorang penduduk di rumah tumpangan Ballesol Parque Almansa di Madrid, gembira menjadi antara yang pertama menerima suntikan vaksin itu.



"Saya ingin lakukannya kerana ia merupakan satu-satunya cara menghuraikan masalah ini,'' kata wanita berusia 87 tahun itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >