Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Projek bangunan tertinggi dunia Jeddah Tower dapat biaya

Dec 01, 2015 | 12:56 PM

RIYADH - Pemaju hartanah Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan tertinggi dunia telah mendapat pembiayaan kewangan bagi menyiapkan projek yang memecah rekod itu.

Kingdom Holding Co, yang dipengerusikan oleh jutawan Saudi Putera Alwaleed bin Talal, berkata firma gabungannya Jeddah Economic Company telah mendapatkan lebih AS$2 bilion ($2.8 bilion) pembiayaan kewangan dari Alinma Investment untuk membina Jeddah Tower di bandar Laut Merah itu.

Dinamakan sebelum ini sebagai "Kingdom Tower", bangunan 170 tingkat itu akan mempunyai ketinggian lebih satu kilometer, melebihi ketinggian bangunan tertinggi dunia sekarang ini, Burj Khalifa, di Dubai.

Kos bagi projek itu sebelum ini dianggarkan sebanyak 4.6 bilion riyal ($1.73 billion).

"Bank Alinma akan membiayai dana yang akan diuruskan oleh Alinma Investment, sementara Jeddah Economic Company akan menjadi pemaju utama projek yang akan menggunakan kredit dana tersebut," kata satu kenyataan. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3