Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prosiding kes rasuah Najib dipendekkan dek masalah kesihatan

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Tekanan darah Encik Najib Tun Razak dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser dalam perut bekas Perdana Menteri itu.



Pegawai Khas Encik Najib, Encik Muhamad Mukhlis Maghribi, dalam satu kenyataan berkata ujian kolonoskopi yang dijalani oleh Ahli Parlimen Pekan Sabtu lalu itu mendapati doktor menemui beberapa ulser baharu dalam perutnya.



Susulan keadaan tersebut, Encik Najib, yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, memohon untuk pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Permohonan itu, bagaimanapun, ditolak oleh pegawai perubatan yang merawatnya.



"Doktor di HKL membuat biopsi yang menyebabkan pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.



"Beliau memohon untuk pemerhatian di HKL tetapi telah dinafikan. Doktor melepaskan (discaj) Najib, menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakannya selama bertahun-tahun, dan menghantarnya pulang ke Kajang.



"Pagi ini (semalam), pemeriksaan oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah Najib adalah berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.



"Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital," kata Encik Muhamad Mukhlis.



Namun Kementerian Kesihatan (KKM) semalam menjelaskan bahawa Encik Najib diberikan jenis-jenis ubat yang sama, dipreskrib sebelum ini ketika beliau menerima rawatan dalam Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ubat yang diberikan adalah yang sama jenisnya dan berada dalam senarai ubatan KKM.



"Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL. KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit mengikut Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012)."



Encik Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang kerana mengalami masalah kesihatan.



Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion ($715 juta) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah semalam.



Encik Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.



Encik Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di penjara minggu lalu.



Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada Encik Najib pada 1992 dan 2004, berkuat kuasa semalam.



Selain itu, gelaran Datin Paduka Seri yang dikurniakan kepada isteri Encik Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 2005 turut ditarik balik. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >