Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU14: Bukan paras rupa jadi sandaran...

Apr 28, 2018 | 07:28 PM



TUARAN (Sabah): “aya tidak guna paras rupa untuk memancing undi”.



Demikian kata  bekas ratu cantik yang juga calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kerusi Kiulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Cik  Jo Anna Henley Rampas, lapor BH Online.



Juara ratu cantik, atau Unduk Ngadau, sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri 2017, Cik Jo Anna, 29 tahun, menjadi tumpuan sebaik dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Dewan Sri Sulaman, di sini, pada Sabtu (28 April).



Timbalan Ketua Wirawati Warisan itu akan menentang penyandang kerusi DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai daripada  Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili Barisan Nasional (BN), selain Encik Terence Sinti daripada  Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Encik Gaibin Ransoi daripada  Parti Cinta Sabah (PCS).



Cik Jo Anna, yang berketurunan Dusun campuran British,  berkata   pembabitannya dalam politik adalah menyambung legasi ahli keluarganya.



“Datuk (Rampas) sebelah ibu saya adalah pemimpin masyarakat di Kiulu suatu ketika dulu, manakala bapa saudara saya, Louis Rampas, adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (dari BN) di Kiulu, selama tiga penggal.



“Ibu saya juga pernah bertanding sebagai calon BN pada tahun 1994. Jadi, mungkin ini antara sebab saya menyertai politik,” katanya ketika ditemui.



“Saya harap orang tidak menilai berdasarkan rupa sehingga dikatakan memancing undi,” katanya.



Sementara itu, Datuk Joniston berkata seseorang wakil rakyat harus dinilai berdasarkan usahanya melalui apa jua tindakan untuk membantu rakyat, tidak kira melalui suara, cadangan serta jalan penyelesaian, dan bukan berdasar  paras rupa.



“Sebagai anak jati Kiulu, saya memahami masalah dan keperluan penduduk, termasuk saya sendiri yang berasal dari keluarga daif, pernah menoreh getah, menanam padi malah berjalan kaki jauh ke sekolah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >