Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU14: MCA pecat 12 ahli dek kes tanding sebagai calon Bebas, pembangkang

Apr 29, 2018 | 02:34 PM



ALOR SETAR (Kedah): Parti Cina Malaysia (MCA) memecat serta-merta 12 ahlinya, termasuk tujuh yang bertanding sebagai calon pakatan pembangkang dan calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi lembaga disiplin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Tan Sri Chor Chee Heung, dan   membabitkan sembilan ahli di Johor, dua di Perak dan satu lagi di Kedah, lapor BH Online.



Di Johor, dua  daripada sembilan yang dipecat itu  bertanding sebagai calon Bebas di kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan dua lagi sebagai calon Parti Tindakan Demokratik (DAP)  di DUN Senai dan  DUN Bentayan.



Baki lima ahli yang dipecat itu bertindak  sebagai pencadang atau  penyokong empat calon  itu.

 

Di Perak, dua dipecat  kerana  bertanding atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) di DUN Menglembu and Tronoh.

Di Kedah, seorang dipecat kerana   menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Kulim.



Tan Sri Chor berkata dalam satu  sidang media di sini pada Ahad (29 April)   tindakan pemecatan itu diambil  selepas semua 12 ahli terbabit didapati bertindak bertentangan dengan ketetapan parti.



Lembaga disiplin mendapati tujuh ahli yang bertanding sebagai calon pakatan pembangkang atau calon Bebas itu tidak bersetuju apabila mereka tidak terpilih sebagai calon BN bagi PRU-14.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >