Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: Calon BN dimuktamadkan 3 hingga 5 hari sebelum penamaan calon

Oct 21, 2022 | 09:39 PM



KUALA BERANG: Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selewat-lewatnya tiga hingga lima hari sebelum penamaan calon.





Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dimuktamadkan hasil perbincangan bersama parti komponen dengan menampilkan 70 peratus muka baru.


Beliau berkata kehadiran calon baru sudah diuji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu dan mereka diterima baik oleh pengundi.


“Kita tampilkan 84 peratus muka baru di Melaka dan 72 peratus di Johor, pengundi mahukan muka-muka baru ini untuk beri semangat baru kepada parti dan berkhidmat kepada rakyat diwakili,” katanya.


Ketika ditanya mengenai persediaan BN terhadap 27 kerusi Parlimen yang disifatkan kritikal, Datuk Ahmad Zahid berkata pihaknya mengenal pasti antara 27 hingga 31 kerusi dan akan meletakkan calon.


Beliau berkata ia bagi membolehkan parti itu memberikan tumpuan kepada kemenangan. – BHM.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >