Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: Calon PN DUN Tioman meninggal dunia, SPR perlu buat keputusan terbaik

Nov 19, 2022 | 10:24 AM



KUANTAN: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, meninggal dunia pada Sabtu (19 November).



Md Yunus Ramli, 61 tahun, disahkan meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.



Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat keputusan terbaik kepada semua pihak berhubung pengganti kepada calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Tioman, Pahang yang meninggal dunia awal pagi Sabtu.



Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana semua pihak telah berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan rakyat pula sudah keluar mengundi pada Sabtu.



Berikutan itu, pengundian bagi kerusi berkenaan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.



Md Yunus merupakan ketua PAS Sungai Puteri dan bertanding di kerusi sama pada PRU14.



Sementara itu  Ahmad Faizal yang bertanding di Parlimen Tambun berharap pengiraan keputusan mengundi hari ini tidak mengambil masa yang panjang.



“Dunia semakin maju, ada cukup petugas, saya fikir nak kira undi bukan terlalu sulit dan harap tak perlu tunggu sampai tengah malam,” katanya.



Terdahulu, Ahmadn Faizal tiba di pusat pengundian di SAR Ihtidayah Tambun Height pada pukul 7.55 pagi bersama  isteri, Datin Seri Nomee Ashikin  Mohammed Radzi untuk mengundi. – Utusan Online



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >