Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: Dua kawan baik keluar undi bersama, harap Malaysia harmoni seperti persahabatan mereka

ERVINA MOHD JAMIL,DARI SUNGAI BULOH, SELANGOR

Nov 19, 2022 | 06:23 PM



SEJURUS keluar dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara di kawasan Parlimen Sungai Buloh pagi tadi (19 November), Cik Salwati Saad dan Cik Low Lai Har tidak membuang masa meminta bantuan seorang lelaki yang juga sedang berjalan keluar untuk merakam gambar mereka.



Jelas ghairah, kedua-dua wanita berusia 56 tahun itu terus menuju berdiri di hadapan kain rentang yang memaparkan tanda ‘Pusat Mengundi’ dan menunjukkan jari mereka yang sudah dicelup dakwat.



Dua wanita itu yang juga sudah saling mengenali sejak lebih 30 tahun lalu telah berjanji untuk pergi mengundi bersama.



Bercakap dengan Berita Harian, Cik Low berkata beliau berharap usaha mereka menjalankan tanggungjawab mengundi itu dapat menyumbang kepada usaha mewujudkan Malayia yang damai, dengan segenap lapisan masyarakat dapat hidup bahagia bersama.



Beliau juga harap rakyat Malaysia dapat hidup harmoni.



Meskipun perlu beratur hingga dua jam untuk menunggu giliran mereka mengundi, Cik Salwati berkata beliau tersentuh pengundi bersikap optimis dan memanfaatkan masa menunggu itu mengeratkan hubungan dan bercakap dengan satu sama lain.



“Tak kiralah latar belakang kami... dan ini yang kita mahukan sebenarnya.

“Dengan semangat ini, barulah kita boleh hidup harmoni sebagai satu Malaysia,” ujarnya.

Menunjukkan ke arah Cik Low, Cik Salwati dengan bangga menyatakan:



“Lihat, ini kawan baik saya selama lebih 30 tahun.



“Kami tidak pernah bincangkan tentang bangsa atau agama kami yang berbeza... tapi kami miliki nilai yang sama.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >