Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: Muhyiddin dapat sokongan jadi PM Malaysia

Nov 20, 2022 | 08:04 PM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin memperoleh jumlah sokongan mencukupi untuk dilantik Perdana Menteri ke-10.



Muhyiddin berkata, beliau sudah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada petang Ahad (20 November), lapor Harian Metro.



"Saya telah melaporkan kepada Majlis Tertinggi PN bahawa saya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pada pagi Ahad berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).



"Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10," katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Menurut Muhyiddin, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor yang juga menyatakan kesediaan Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya sebagai Perdana Menteri Ke-10.



"Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga memberikan komitmen yang sama.



"Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperoleh bilangan sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya. - HARIAN METRO




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >