Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: PM Ismail Sabri puas hati undi berjalan aman, harmoni tanpa provokasi

Nov 19, 2022 | 12:24 PM



BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pada Sabtu (19 November).



Perdana Menteri berkata, pengundian berlangsung dalam suasana aman dan harmoni tanpa wujud sebarang provokasi daripada parti yang bertanding, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Beliau menekankan, keharmonian itu perlu terus dikekalkan tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan selepas ini.



"Saya berharap keharmonian sepanjang tempoh kempen PRU15 dapat diteruskan selepas tamat hari mengundi.



"Setakat ini, tiada kekecohan dilaporkan dan saya berpuas hati dengan perjalanan hari mengundi," katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, di sini, hari ini.



Terdahulu, Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 9.20 pagi sebelum mereka beratur selama sejam bersama pengundi lain untuk menunaikan tanggungjawab berkenaan.



Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengucapkan takziah atas pemergian calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang, Md Yunus Ramli, 61, awal pagi tadi.



Beliau turut memaklumkan, sebarang keputusan mengenai perjalanan pengundian bagi kerusi itu, diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham (Md Yunus). SPR akan menentukan tarikh baharu bagi pengundian kerusi DUN berkenaan," katanya. - BHM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >