Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pulau Pinang mungkin adakan pilihan raya mengejut

Jul 19, 2016 | 03:00 PM



PETALING JAYA: Pulau Pinang mungkin mengadakan pilihan raya mengejut tidak lama lagi, sedang Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang memerintah negeri itu telah menangguhkan pemilihan parti tersebut.



Keputusan mengadakan pilihan raya mengejut dibuat pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP pada Isnin (18 Julai) malam, menurut sumber Pakatan Harapan dari Selangor.



Perincian mesyuarat itu tidak tersedia, tetapi difahamkan enam pemimpin DAP pergi membentangkan hujah mereka kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di rumahnya di Bukit Segambut di Kuala Lumpur selepas mesyuarat itu.



Difahamkan bahawa Datuk Seri Wan Azizah tidak memberi kepastian mengenai pendirian beliau, tetapi telah memutuskan mengadakan mesyuarat biro politik PKR pada Selasa malam.



Pemimpin PKR dari Pulau Pinang diminta hadir dan memberi maklum balas mereka.



Pilihan raya mengejut dilihat secara meluas sebagai langkah mengesahkan kedudukan Ketua Menteri Lim Guan Eng memandangkan beliau sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.



Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat, yang telah dibubar, memenangi Pulau Pinang pada 2013 dengan majoriti dua pertiga meyakinkan.



DAP mendapat 19 kerusi, PKR 10 and Parti Islam SeMalaysia (PAS) satu.



Umno memenangi 10 kerusi.



Pakatan pembangkang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan, tanpa PAS.



Sementara itu, DAP telah menanguhkan pemilihan parti itu bagi memberi tumpuan pada pilihan raya umum ke-14, yang harus diadakan sebelum Ogos 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >