Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan penduduk California hilang dalam banjir lumpur

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Pihak berkuasa di selatan California berkata semalam, puluhan penduduk dikhuatiri masih hilang selepas banjir lumpur mengorbankan 17 orang dan memusnahkan harta benda.



Mangsa yang dilaporkan hilang merangkumi setiap lapisan usia daripada ibu, bapa, datuk dan adik beradik.



Kemarau selama 10 bulan sebelum ini dan disusuli hujan lebat sejak Selasa lalu menyebabkan lumpur dan serpihan mengalir dari bukit menuju ke Montecito dan bandar lain di Santa Barbara County, di barat laut Los Angeles.



"Kami sedang mencari 43 penduduk dan menyiasat bagi mengesahkan sama ada mereka benar-benar hilang," kata Sherif Wilayah Santa Barbara, Encik Bill Brown, sambil menambah angka itu dijangka meningkat.



Encik Brown juga tidak menolak kemungkinan mangsa yang hilang itu ditemui semula, namun jumlah kematian mungkin meningkat.



Dalam pada itu, pihak berkuasa menekankan situasi semasa masih tidak berubah.



"Ada ibu, bapa, datuk, adik beradik dan senarai itu semakin bertambah," katanya.



Sebelum ini media melaporkan angka kematian banjir lumpur di pesisiran pantai California Selatan meningkat kepada 17 orang, selepas dua lagi mayat ditemui, manakala jumlah yang hilang turut mencecah puluhan mangsa.



Menurut polis tempatan, pasukan penyelamat menggunakan anjing pengesan, helikopter dan peralatan pengimejan haba bagi mencari mangsa di bawah timbunan lumpur sedalam paras pinggang.



Tiga mangsa juga berjaya diselamatkan daripada bawah serpihan runtuhan semalam, namun identiti semua mangsa masih belum didedahkan.



"Kami sedar usaha mencari dan mengesan semakin sukar serta akan mengambil masa yang panjang bagi semua pihak yang terbabit," kata Encik Brown.



Jurucakap Jabatan Bomba Wilayah Santa Barbara, Cik Amber Anderson, berkata lumpur yang memenuhi seluruh kawasan antara Lautan Pasifik hingga ke Hutan Simpanan Los Padres memusnahkan 100 kediaman, selain ratusan bangunan serta mencederakan 28 mangsa.



Katanya, ia turut menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya utara selatan di sepanjang pantai, iaitu Route 101 Amerika Syarikat ditutup dan ia dijangka dibuka semula, minggu depan.



Selain itu, banjir lumpur itu turut memusnahkan beberapa hotel bersejarah dan rumah selebriti, termasuk personaliti televisyen, Oprah Winfrey dan hos rancangan bual bicara, Ellen DeGeneres di Montecito, Los Angeles. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >