Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Puluhan remaja serbu dan rompak 7 penumpang kereta api di San Francisco

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Puluhan remaja serbu dan rompak 7 penumpang kereta api di San Francisco

Apr 26, 2017 | 02:28 PM

OAKLAND: Sekumpulan belia telah merompak tujuh penumpang kereta api bawah tanah di San Francisco Bay Area, Sabtu lalu .

Menurut laporan, kumpulan yang dianggarkan sekitar 40 hingga 60 remaja itu telah melompat melintasi pintu tambang sebelum menyerbu kereta api, menurut CNN.

Para belia itu kemudian mencuri beg-beg dan telefon bimbit penumpang, dan hilang dalam sekelip mata.

Seorang mangsa memberitahu media tempatan: “Pada awalnya orang ramai keliru. Ia seperti mereka sedang bergurau senda. Namun keadaan cepat berubah menjadi ganas.

"Selepas saya sedar ia bertukar ganas, satu daripada mereka telah merampas telefon bimbit saya dan separuh daripada mereka kemudian mula melarikan diri.”

Jurucakap Bay Area Rapid Transit (BART), berkata dua penumpang juga ditumbuk di muka.

Tiada laporan mengenai belia itu membawa sebarang senjata.

Kejadian berlaku di Stesen Coliseum, sekitar 9.30 malam di Oakland. Rakaman serangan itu telah dihantar ke pihak polis dan sekolah-sekolah.

“Kami telah mengerahkan pegawai keselamatan tambahan untuk meronda kawasan stesen kereta api,” kata BART dalam satu kenyataan. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3