Puluhan ribu dipindah ekoran Taufan Kammuri di Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya seorang terkorban di Filipina dan puluhan ribu lain telah dipindahkan sementara operasi lapangan terbang di ibu negara itu digantung sedang Taufan Kammuri bergerak lebih dekat ke pulau utama Luzon.

Kammuri semakin kuat, kini dengan kelajuan angin maksimum 155 kilometer sejam dekat dengan pusat dan angin ribut sehingga 190 kilometer sejam, kata biro cuaca negara itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan