Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Purata 17 mati dalam tahanan tiap tahun di M'sia sejak 2000

Apr 21, 2016 | 04:23 PM



KUALA LUMPUR: Kematian dalam tahanan mencatatkan purata 17 kes setiap tahun sejak 15 tahun lalu, menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).



Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata, 194 daripada 255 kematian yang dilaporkan antara tahun 2000 dan 2014 adalah disebabkan masalah berkaitan kesihatan.



Penyakit-penyakit ini termasuklah serangan jantung, komplikasi HIV dan asma.



"30 kematian melibatkan bunuh diri dan 12 kematian adalah daripada pendarahan otak," kata Encik Nayagam.



Punca-punca lain adalah disebabkan pergaduhan (dua), kemalangan (dua) dan kecederaan yang dialami daripada salah laku polis (dua).



Encik Nayagam berkata penyelidikan Suhakam telah dijalankan berikutan aduan menggalakkan daripada keluarga mangsa dan NGO.



Penemuan itu, yang dibuat berdasarkan statistik polis, didedahkan sempena laporan tahunan Suhakam 2015 yang dikeluarkan di pejabatnya di sini Rabu.



Kajian ini juga menunjukkan bahawa jumlah tertinggi kematian di kalangan tahanan telah direkodkan pada tahun 2003.



"Untuk sebab-sebab tertentu, terdapat 32 kematian pada tahun itu. Kebanyakan yang mati itu adalah penagih dadah," kata Encik Nayagam. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >